Hari ini saya akan menceritakan tentang hidup saya...sepertimana kita ketahui setiap orang dalam dunia ini pernah mengalami kejayaan dan kegagalan begitu juga dengan saya.....dalam hidup saya sudah beberapa kali saya mengalami kegagalan....hanya sedikit sahaja saya mengalami kejayaan sepanjang hidup saya sekarang ini....saya percaya dalam hidup mahupun dalam pelajaran semua orang di dunia ini mahukan kejayaan...saya mengaku sepanjang saya belajar saya telah banyak kali mengalami kegagalan...kegagalan itu berlaku kerana sikap saya sendiri yang tidak ambik kisah....
Alhamdulilah......saya sedar sebelum saya terlambat....selepas spm saya mula berazam untuk mencapai kejayaan dalam apa jua sekalipun setakat saya termampu...sekarang saya belajar di sebuah universiti di terengganu...saya berusaha untuk mencapai yang terbaik dalam hidup...selain itu,saya juga berazam untuk membahagiakan kedua ibu bapa saya dan membalas jasa mereka..saya tahu mereka telah banyak bersusah payah mendidik dan memenuhi kehendak saya selama ini...sekarang tibala masa saya membalas jasa mereka...sesungguhnya kedua ibu bapa saya adalah pendorong saya untuk terus berjaya....setiap kali saya malas saya mesti fikir akan mereka dan terbayangkan mereka tengah mengerah tenaga untuk membesarkan saya dan adik2 saya yang lain.....dengan ini saya akan menjadi lebih semangat untuk terus berusaha....
Sekian dulu setakat ini,nanti ada masa saya akan sambung lagi tentang kehidupan saya.....Wasalam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment